Kursus Asas Komputer & Microsoft Office

23 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 Disember 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas komputer dan Microsoft Office kepada komuniti setempat yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Sebelum kursus dimulakan, peserta ditayangkan dengan satu video Klik dengan Bijak mengenai Check Your Label. Check Your Label adalah satu program inisiatif MCMC bertujuan untuk memberi pededahan kepada peserta supaya membeli peranti elektronik yang original dan mempunyai label MCMC yang sah bagi menjamin keselamatan pengguna ketika mengecas peranti elektronik. Selain itu, tayangan video advokasi e-sisa dan penipuan internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan peserta.

Seterusnya, peserta diterangkan dengan komponen-komponen asas yang terdapat pada komputer. Peserta mengenali bentuk dan faham fungsi komponen komputer seperti internal hard drive, processor, RAM, motherboard, power connector dan sebagainya. Kemudian, peserta diuji dengan pemahaman mereka melalui kuiz Kahoot ICT dan Microsoft Office.

Pada hari yang sama, peserta juga belajar tentang Microsoft Office yang melibatkan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Peserta diajar cara untuk mencipta dokumen, menyimpan dokumen dan mencetak dokumen. Selain itu, peserta diajar cara-cara untuk mengira menggunakan Microsoft Excel dan mencipta slide melalui Microsoft Powerpoint.

Kesimpulannya, peserta mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dan dapat menggunakan ilmu mereka untuk tujuan bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali